Sila berhati-hati semasa berurusan dengan mana-mana individu yang menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan sijil pendaftaran syarikat (MOF) bagi pihak anda.
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat/Bumiputera yang dikeluarkan secara manual (dahulu) atau virtual (kini telah pun berkuatkuasa- MULAI 12 JULAI 2010 ) mempunyai nombor siri dan rujukan tertentu yang akan digunapakai semasa memasuki tender atau sebutharga-sebutharga.
Agensi-agensi Kerajaan yang mempunyai capaian internet akan membuat semakan kelayakan anda menerusi "Sijil Virtual" yang akan diperolehi secara terus untuk memastikan sijil anda sah dan anda layak untuk membuat pembelian tender/sebut harga dan lain-lain kaedah eperolehan (kecuali agensi Kerajaan yang tidak mempunyai capaian internet anda akan diminta mengemukakan salinan "Sjil Virtual" berkenaan).
Berikut adalah contoh Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera secara "Virtual" atau "Sijil Virtual" yang boleh di muaturun dari eperolehan.
agak2 setelh pndaftaran diluluskn berapa lama kita akan memperoleh sijil perniagaan 2 yew...
ReplyDelete